PUTRAJAYA, 16 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som menerima kunjungan hormat daripada Mr Krishnaswamy Najarajan, Executive Director, The Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) Information Sharing Centre (ISC), di pejabatnya, petang tadi.
Kunjungan ini adalah bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak dan bertukar-tukar pandangan dalam aspek keselamatan maritim.
Kunjungan delegasi ReCAAP ISC ini turut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd Amin dan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda (M) Haji Rozali Bin Mohd Said.
ReCAAP ISC adalah sebuah organisasi yang dilancarkan pada November 2006 beribu pejabat di Singapura, menjadi platform kerjasama rentas negara dalam mengekang ancaman lanun dan rompakan bersenjata di rantau ini.
Untuk rekod, Perjanjian ReCAAP dimenterai dengan 21 negara-negara di Asia dan Eropah (Norway, Belanda, Denmark, United Kingdom dan Jerman), Australia, dan Amerika Syarikat.
![]()
![]()
![]()