28
Isn, Nov

KURSUS COSPAS-SARSAT

KOTA KINABALU, 14 November - Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah melaksanakan Kursus Cospas-Sarsat Siri 5 Bil. 3/2022 pada 7-11 November 2022 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu.

Seramai 20 orang peserta terpilih untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan penerangan kepada semua pegawai dan anggota Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC), Maritime Rescue Sub Centre (MRSC), Malaysia Mission Control Centre (MYMCC), Pust Operasi Maritim Negeri dan pegawai kapal berkenaan sistem Cospas-Sarsat.

Majlis Penutupan Kursus Cospas-Sarsat Siri 5 Bil.3/2022 pada 11 Nov 2022 (jumaat) telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, YBhg. Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah. Pengarah Maritim Negeri turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan penyerahan jaket SAR kepada YBhg. Datuk PMN.

WhatsApp Image 2022 11 14 at 8.52.41 AM 3  

WhatsApp Image 2022 11 14 at 8.52.41 AM 1 

     
WhatsApp Image 2022 11 14 at 8.52.41 AM 2    WhatsApp Image 2022 11 14 at 8.52.41 AM

0

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC