LUMUT, 09 November - Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup telah menerima kunjungan hormat oleh Atase Perhubungan Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur, Kapten Supendi.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Indonesia dan Maritim Malaysia.
Turut serta dalam sesi perbincangan ini ialah wakil dari Kedutaan Indonesia ke Malaysia, Puan Maulida Madun dan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil.