25
Kha, Apr

Grid List

LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN

35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG

DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN

ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

KUALA KURAU, 4 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Kuala Kurau (ZMKK) telah berjaya melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) jenis Rifle M16 dan HK 416 A5 disini, semalam.

Latihan ini telah dijalankan pada 02 hingga 03 November 2022 bertempat di Kem Kamunting Taiping, Perak (Lapang Sasar Sg. Ranting). Salah satu tujuan latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk membina keyakinan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemampuan pegawai dan anggota dalam pengendalian senjata api kecil yang lazimnya digunakan oleh warga APMM. Selain itu, ia juga sebagai latihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran menembak senjata api kecil. Seramai 45 orang pegawai dan anggota ZMKK serta seorang Jurulatih Persenjataan daripada Maritim Negeri Perak yang terlibat dalam latihan penembakan senjata api kecil tersebut.

Latihan dilaksanakan dalam bentuk pertandingan Precision dan Falling Plate mengikut rumah-rumah sukan (Merah, Biru, Kuning dan Kelabu). Sekaligus, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan pegawai dan anggota serta warga ZMKK.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd Najhan bin Azman Hamid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maritin Negeri Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan latihan ini dapat berlangsung dengan jayanya.

WhatsApp Image 2022 11 03 at 17.36.11   WhatsApp Image 2022 11 03 at 17.43.49
WhatsApp Image 2022 11 03 at 17.36.26 1   WhatsApp Image 2022 11 03 at 17.36.28

 

Grid List

KUNJUNGAN HORMAT SUHAKAM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 24 APRIL – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Datuk Mariati Robert, Professor Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awai, pegawai SUHAKAM serta wakil daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Delegasi telah disambut Pengarah Maritin Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak dan Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Fazmin Shah Md Rafee Shah.

Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi membincangkan isu kemasukan pelarian dan migran tanpa dokumen yang masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

Selain itu, sesi pemantauan SUHAKAM terutamanya di Langkawi turut dilakukan untuk melihat penguatkuasaan Agensi terhadap aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan pelarian serta migran tanpa dokumen yang berlaku di perairan Langkawi.

 

SUHAKAM KEDAH 3
 
SUHAKAM KEDAH
 
SUHAKAM KEDAH 4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC