GEORGETOWN, 28 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Senjata Api dan Latihan Kemahiran Menembak senjata jenis Rifle (M16 dan HK 416 A5) pada 27 Oktober semalam.
Seramai 40 orang pegawai dan anggota MN Pulau Pinang telah terlibat dalam bengkel dan latihan dianjurkan kali ini yang bertempat di Ibupejabat Maritim Negeri dan Lapang Sasar Sungai Dua Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, program ini diadakan bertujuan menguji tahap kecekapan dan kemahiran dalam pengendalian senjata api serta membina keyakinan diri warga MN Pulau Pinang dalam mengendalikannya. ini secara tidak langsung dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab pegawai dan anggota ketika mengendalikan senjata semasa bertugas.
![]()
![]()