29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN VIDEO KESELAMATAN  PENUMPANG FERI NEGERI PERAK

LUMUT, 2 November  - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Video Hebahan Keselamatan Penumpang Feri peringkat Negeri Perak, semalam.
Majlis itu telah dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup serta wakil-wakil dari Jabatan Laut Malaysia, Kompleks Jeti Marina Lumut, Syarikat Duta Pangkor, Syarikat Konsortium Mesra Duta Sdn Bhd dan pegawai serta anggota Maritim Negeri Perak. 
Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Laksamana Madya Dato' Kamaruszaman, Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak.
Kepten Maritim Mohd Hambali berkata, dengan menayangkan video tersebut di jeti dan di dalam feri penumpang khususnya di Lumut, ia mampu memupuk kesedaran terhadap orang ramai mengenai langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kecemasan.
Beliau juga turut menyerahkan pelekat khas yang tertera nombor kecemasan APMM untuk diletakkan di jeti dan feri yang mudah dilihat oleh penumpang dan kru.
Dalam majlis sama, para hadirin turut berkesempatan menonton video keselamatan yang dilancarkan di samping menyertai sesi perbincangan mengenai isu-isu antara pengusaha dan penumpang feri.
 
 IMG 20221101 WA0039  IMG 20221101 WA0042
 IMG 20221101 WA0043  IMG 20221101 WA0045
 IMG 20221101 WA0041  IMG 20221101 WA0044
 
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC