29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

MRSC KUCHING LAKSANA TAKLIMAT SAR KEPADA KOMUNITI MARITIM MUKAH

KUCHING, 27 Oktober – Maritim Negeri Sarawak melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah menganjurkan taklimat Search And Rescue (SAR) kepada para komuniti maritim daripada Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) bertempat di Bangunan SCORE, Mukah yang berlangsung selama dua hari bermula pada 24 hingga 25 Oktober.

Objektif taklimat ini diadakan adalah bagi menerangkan pelaksanaan dan pengendalian semasa operasi SAR dilaksanakan, selain untuk meningkatkan persefahaman dalam mengkoordinasi operasi SAR bersama Komuniti Maritim.

MRSC Kuching melihat penglibatan bantuan operasi SAR daripada komuniti maritim setempat pada tahun ini sangat memberangsangkan, ini dapat dilihat melalui penglibatan sukarelawan daripada PKPS yang turut serta membantu dalam operasi SAR di perairan Santubong dan Mukah baru-baru ini.

Taklimat yang dilaksanakan meliputi kesedaran keselamatan maritim, tatacara komunikasi, Kawasan dan aktiviti larangan maritim, pandu arah navigasi dan table top exercise.

Selain itu, penyampaian sijil perhargaan turut diadakan sebagai tanda perhargaan kepada komuniti maritim yang terlibat dalam kes SAR Bot Karam di Perairan Mukah baru-baru ini yang melibatkan seramai 49 orang penerima. Dalam kejadian terbabit bot sukarelawan Mukah telah berjaya menemui 6 orang mangsa selamat dan 2 orang mangsa meninggal dunia pada hari pertama SAR dilaksanakan.

WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.56 AM   WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.57 AM
     
WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.57 AM 1   WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.58 AM
     
WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.59 AM   WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.14.58 AM 1
     
WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.15.00 AM   WhatsApp Image 2022 10 28 at 8.15.00 AM 1
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC