29
Jum, Mac

Grid List

BOT KARAM, LIMA NELAYAN SELAMAT

LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN, SEBUAH BOT PUKAT JERUT BILIS DITAHAN

DUA BOT NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

MARITIM MALAYSIA AKTIFKAN SEMULA OP PAGAR LAUT SEMPENA RAMADAN DAN SYAWAL

BOT NELAYAN KELAS B DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

LAGI 27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG .

34 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN PULAU TALANG

DUA NELAYAN DISELAMATKAN DISERAH KEPADA INDONESIA

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT MN SABAH & W.P LABUAN

KOTA KINABALU, 26 Oktober  - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pengarah Maritim Negeri dan Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota lain-lain pangkat di Ibu Pejabat MN Sabah.

Seramai 15 orang anggota telah diberikan pemangkuan pangkat yang terdiri daripada seorang Laskar Kanan (M) ke Bintara Muda (M) dan 14 orang Laskar Kelas I (M) ke Laskar Kanan (M). Majlis Pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Laban, Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah, turut mengiringi Timbalan Pengarah Operasi, Negeri Kepten (M) Mahmad Faizal bin Ahmad dan Timbalan Pengarah Pengarah Pengurusan, Pn Sarah binti Said.

Tahniah kepada semua anggota yang telah diberikan pemangkuan pangkat Bintara Muda (M) dan Laskar Kanan (M). Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada anggota untuk terus maju dalam kerjaya dan dapat memikul amanah serta tanggungjawab dengan penuh berintegriti serta bangga dalam melaksanakan tugas sebagai anggota Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2022 10 26 at 10.23.32 AM 1    WhatsApp Image 2022 10 26 at 10.23.32 AM 
     
 WhatsApp Image 2022 10 26 at 10.23.32 AM    WhatsApp Image 2022 10 26 at 10.23.33 AM
Grid List

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA LAIN-LAIN PANGKAT MARITIM MALAYSIA .

PUTRAJAYA, 22 Mac – Seramai sembilan anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima pemangkuan pangkat pada satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain - Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj Mohd Amin dengan iringan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

Mendahului senarai penerima pangkat bagi Pegawai Waran II Maritim Gred T10 ialah Bintara Kanan Maritim Noorhisham Tumiran dan Bintara Kanan Maritim Rahim Basiron.

Seterusnya, penerima bagi pemakaian pangkat Bintara Kanan Maritim Gred T8 didahului oleh Bintara Muda Maritim Khairul Anuar Md Diah diikuti dengan Bintara Muda Maritim Amran Samsudin dan Bintara Muda Maritim Kamarul Zaman Bin Mat Arifin.

Akhir sekali, pemakaian pangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 diterima oleh Laskar Kanan Maritim Azman Omar, Laskar Kanan Maritim Norsahlizan Dahlan, Laskar Kanan Maritim Mohamad Fuad Ahmad dan Laskar Kanan Maritim Fred Justine.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima kenaikan pangkat. Selamat maju jaya.

 

PAKAI PANGKAT 3   PAKAI PANGKAT 4   PAKAI PANGKAT 7   PAKAI PANGKAT 8
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC