LANGKAWI, 12 Oktober - Seramai 100 orang pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis mengikuti ujian menembak menggunakan senjata kecil bertempat di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) pada 11 dan 12 Oktober lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Bin Mustafa berkata, program ini diadakan bertujuan menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api yang sering digunakan semasa menjalankan operasi di laut.
Ujian ini secara tidak langsung dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika mengendalikan senjata semasa bertugas.
Selain itu juga, ia dapat dijadikan sebagai medium terbaik untuk setiap anggota menguji dan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata.