PUTRAJAYA, 4 Oktober – Ketua Pegawai Perniagaan Bank Simpanan Nasional (BSN), Encik Mujibburrahman Abd Rashid mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Bin Md Som di Putrajaya tengah hari tadi.
Kunjungan diadakan bagi tujuan untuk menjalinkan kerjasama antara agensi dan Bank Simpanan Nasional sebagai sebuah agensi kewangan tempatan yang menawarkan perkhidmatan perbankan di Malaysia.