23
Sel, Apr

Grid List

MARITIM NEGERI PERAK TERUS MERAMPAS BUBU NAGA DI PULAU TALANG

BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PAHANG | DUA PEMILIK BOT NELAYAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA

MARITIM NEGERI PERAK | DUA BOT NELAYAN DITAHAN, GAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PERMIT

WARGA ASING BEKERJA DI ATAS BOT NELAYAN SECARA HARAM DITAHAN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

RAMPASAN BUBU NAGA DI PULAU TALANG, BUKTI NELAYAN MASIH BERDEGIL

TIGA BOT NELAYAN ASING DITAHAN DISYAKI CEROBOH PERAIRAN NEGARA

TELUK KEMANG, 19 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS) telah menganjurkan program Sahabat Maritim bertemakan sembang santai bersama ketua – ketua nelayan kawasan Teluk Kemang dan Port Dickson bertempat di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 13 September baru-baru ini.

Program tersebut yang dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri, MNMNS, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak serta pegawai – pegawai kanan dan ketua – ketua bot dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bersama Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Kemang, Isa bin Johar, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson, Soh Ah Wan serta ketua - ketua nelayan pangkalan di kawasan berkenaan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat Kesedaran Keselamatan di Laut, penyerahan watikah pelantikan Sahabat Maritim serta sesi dialog secara santai untuk memberi peluang kepada nelayan - nelayan meluahkan permasalahan dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.

MNMNS menjadikan program ini sebagai satu pendekatan untuk menyampaikan fungsi serta peranan utama Agensi disamping menjalinkan hubungan kerjasama serta “networking” antara Maritim Malaysia dengan komuniti nelayan. Selain itu, program ini juga turut menjadi medium meningkatkan kesedaran dan nasihat keselamatan di laut kepada nelayan-nelayan agar lebih berwaspada bagi mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kecemasan dan kemalangan di laut.

 

 DSC 0158 1  
   
Grid List

KUNJUNGAN HORMAT MARITIM NEGERI PAHANG KE JABATAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

KUANTAN, 19 APRIL – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang, Puan Jezlily binti Jamaluddin di Pejabat Pengarah KPDN Negeri Pahang, semalam.

Turut mengiringi pengarah dalam kunjungan tersebut Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah serta Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Puan Juzilawati binti Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan yang telah terjalin disamping berkongsi ideologi dan strategi antara jabatan ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

 

WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 04 19 at 2.36.23 PM

 

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC