19
Jum, Apr

Grid List

KAPAL MT LAYAR ANGGUN 8 TERBAKAR DALAM PERAIRAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH KEENAM MARITIM MALAYSIA BERSARA WAJIB

KOTAK HITAM HELIKOPTER AW 139 MARITIM MALAYSIA DITEMUKAN

30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN TALANG

GAGAL ISYTIHAR MUATAN, BOT KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA

27 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DAN BOT NELAYAN KELAS C DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN

DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DAN 25 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT BERSAMA MUATAN 500 LITER PETROL TANPA PERMIT

LAWATAN KUALITI AGENSI-AGENSI PERSEKUTUAN SARAWAK KE PEJABAT ZON MARITIM TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 25 Ogos – Zon Maritim Tanjung Manis, Maritim Negeri Sarawak telah menerima kunjungan dari Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak (SUPS), YBhg. Dato’ Amir bin Omar, bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan Sarawak dan disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak anak Numpang serta warga Zon, di Pejabat Zon Maritim Tanjung Manis, pagi tadi.

Lawatan ini bertujuan untuk melawat pejabat Zon Maritim Tanjung Manis yang telah memperoleh Persijilan EKSA dari MAMPU pada tahun 2020 yang lepas selain menjalinkan hubungan yang akrab antara Maritim Malaysia dengan 22 buah Agensi serta Jabatan Persekutuan Sarawak yang hadir.

Penerangan berkenaan dengan tugas utama serta fungsi Maritim Malaysia di negeri Sarawak turut dijelaskan disamping membincangkan isu dan cabaran Maritim Malaysia menjaga perairan negeri Sarawak, Zon Maritim Tanjung Manis khasnya.

Lawatan tersebut turut di hadiri oleh Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak, Puan Rokiah binti Sahat dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Encik Norizan bin Jili.

WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM   WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM 1
     
WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM 2   WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM 3
     
WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM 4   WhatsApp Image 2022 08 25 at 2.40.09 PM 5
Grid List

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KESELAMATAN PETRONAS KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 19 APRIL – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Sivashakaran Nair Sankunny, semalam.

Ketibaan delegasi ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Bin Jusoh diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

 

WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.07 PM
 
WhatsApp Image 2024 04 18 at 6.32.06 PM
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC