SIARAN MEDIA
EMPAT MANGSA BOT KARAM WARGA VIETNAM DISERAHKAN KEPADA WAKIL KEDUTAAN
PASIR PUTEH, 2 April – Empat nelayan warga Vietnam yang diselamatkan oleh kapal pelantar Express 93 dan Express 81 sekitar jarak 107.2 hingga 110.5 batu nautika daripada Muara Tok Bali pada 27 dan 28 Mac lalu, diserahkan kepada wakil kedutaan negara Vietnam hari ini.