SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA MENYERU AGAR KOMUNITI MARITIM DI PERAIRAN NEGERI SARAWAK SENTIASA BERWASPADA
KUCHING, 3 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menyeru agar komuniti maritim di perairan negeri ini sentiasa peka akan keadaan cuaca serta keselamatan sekiranya turun ke laut oleh kerana cuaca tidak menentu ketika ini.