SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT NELAYAN ASING, 23 KRU VIETNAM
BINTULU, 17 Mei - Dua bot nelayan asing dipercayai daripada Vietnam disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak lebih kurang 110 batu nautika dari Utara Tanjung Sirik, telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu sekitar jam 3.15 petang, pada 15 Mei 2022 Ahad lepas.