SIARAN MEDIA
MENYAMAR BOT TEMPATAN, 3 BOT NELAYAN ASING DITAHAN
BINTULU, 17 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah berjaya menahan tiga buah bot nelayan asing dipercayai daripada Vietnam sedang berapung pada jarak lebih kurang 193 batu nautika dari utara Pelabuhan Bintulu, sekitar jam 1.30 pagi, pada 14 April 2022 awal pagi Khamis lepas.