ISYARAT KECEMASAN MELALUI PLB SELAMATKAN NYAWA LAPAN ORANG PENYELAM
RENCANA
ISYARAT KECEMASAN MELALUI PLB SELAMATKAN NYAWA LAPAN ORANG PENYELAM
PUTRAJAYA, 2 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengoperasikan sistem Cospas Sarsat sejak 2015 dan diletakkan dibawah kendalian Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana melalui Malaysia Mission Control Centre (MYMCC). Sistem Cospas Sarsat ini berkemampuan menerima isyarat kecemasan dari beacon berfrekuensi 406 Mhz seperti oleh Personal Locator Beacon (PLB), Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB), Emergency Locator Transmitter (ELT). Memiliki dan memasang EPIRB dan ELT di kapal-kapal dan kapal terbang adalah merupakan salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh pemilik kapal tersebut dan ia berbeza dengan PLB yang bukan kewajiban untuk dimiliki oleh sesiapapun.
ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM
PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.
Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.
Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.
Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.
Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.