SIARAN MEDIA
KELULUSAN PINDAAN AKTA APMM 633 MANTAPKAN
OPERASI MARITIM MALAYSIA
PUTRAJAYA, 23 DISEMBER - Rang Undang-Undang Akta APMM
(Pindaan) 2017 diluluskan Dewan negara pada 19 disember lalu selapas
bacaan kali ketiga.
Kelulusan itu membolehkan Akta APMM 633 dipinda buat kali pertama
sejak diwartakan pada 2004 dan sekaligus membolehkan peruntukan
berhubung penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM),
penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) serta pewujudan
Lokap Maritim Malaysia.