SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA TAWAU TAHAN JURAGAN TEMPATAN LANGGAR SYARAT PERMIT BAWA BARANG KAWALAN
TAWAU, 30 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot kargo yang disyaki telah melanggar syarat permit membawa barang kawalan di perairan Tawau petang semalam.