SIARAN MEDIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN 92 ORANG PATI
KOTA TINGGI, 26 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim (ZM) Tanjung Sedili berjaya menahan 92 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang disyaki cuba keluar dari Malaysia melalui kawasan yang tidak diwartakan dalam satu operasi malam semalam.