PUTRAJAYA, 7 Oktober – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som hari ini mempengerusi sesi perbincangan bagi menaik taraf Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) milik Maritim Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif di AMP Corporation Sdn Bhd.
Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Bahagian Pembangunan Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab.