18
Thu, Apr

PERBARISAN BULANAN ZON MARITIM KUALA PERLIS PATUHI SOP COVID-19

KUALA PERLIS, 9 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan perbarisan bulanan yang diadakan di perkarangan pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 10.30 pagi semalam mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing turut menyampaikan amanat agar setiap anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi dan mampu berdaya saing demi mengharumkan nama agensi.

Dalam usaha mengekang dan memerangi penularan Covid-19 dari terus merebak, pegawai dan anggotanya telah diamanahkan agar sentiasa menjaga keselamatan serta mengamalkan amalan normal baharu dengan mematuhi segala garis panduan dan SOP yang telah dikeluarkan semasa melaksanakan tugas di lapangan mahupun di pejabat bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19 di kalangan masyarakat.

Pada majlis ini juga, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis turut melakukan pemeriksaan terhadap pakaian anggota dan menyampaikan sijil anugerah pekerja contoh bulanan serta penyampaian cenderahati perpisahan kepada anggota yang akan bertukar keluar dari Zon Maritim Kuala Perlis.

 

 WhatsApp Image 2021 09 10 at 10.06.04 AM 2    WhatsApp Image 2021 09 10 at 10.06.04 AM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON