19
Fri, Apr

ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA SUMBANGAN BUAH NANAS DARIPADA LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM) NEGERI KEDAH DAN PERLIS

KUALA PERLIS, 9 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah menerima sumbangan 200 biji buah nanas daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Kedah dan Perlis bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis kira-kira pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Penyerahan buah nanas tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Kedah dan Perlis, Encik Marzuki bin Madzlan kepada Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing bertujuan mempromosikan buah nanas kepada masyarakat khususnya kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 ini.

Buah nanas jenis MD2 itu adalah salah satu inisiatif tanda ingatan bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 dibawah Program Promosi Buah Nanas.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Kedah dan Perlis atas sumbangan yang diberikan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan barisan hadapan.

 

 WhatsApp Image 2021 09 10 at 9.23.28 AM    WhatsApp Image 2021 09 10 at 9.23.28 AM 1  
       
 WhatsApp Image 2021 09 10 at 9.23.28 AM 3    WhatsApp_Image_2021-09-10_at_9.29.40_AM.jpeg  
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON