20
Sat, Apr

ZON MARITIM KUALA PERLIS TERIMA PENGHARGAAN DARIPADA TABIKA PERPADUAN IRIS KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 2 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah menerima kad ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 bertemakan 'Malaysia Prihatin' daripada Tabika Perpaduan Iris Kuala Perlis bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis kira-kira pada jam 10.00 pagi.

Penyerahan kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid Tabika itu disampaikan oleh Guru Tabika berkenaan Puan Rayahani binti Ramli kepada Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan bagi menangani penularan  virus Covid-19 di negeri Perlis.

Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan negara khususnya di negeri Perlis yang dihasilkan sendiri oleh murid-murid di tabika tersebut.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua murid di tabika berkenaan dan berasa sangat kagum dengan kesungguhan murid menghasilkan kad ucapan itu sebagai tanda sokongan kepada pasukan barisan hadapan.

    WhatsApp Image 2021 09 02 at 1.46.22 PM 
     WhatsApp Image 2021 09 02 at 1.46.21 PM 1
     

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON