24
Wed, Apr

KUALA PERLIS, 20 Ogos - Program Suntikan Vaksin Hepatitis B ini merupakan inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Zon Maritim Kuala Perlis) demi menjaga kebajikan pegawai-pegawai dan anggota yang sentiasa berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit dalam melaksanakan tugas seharian mereka dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis yang dikendalikan oleh Klinik Remedic Kangar, Perlis pada jam lebih kurang 9.00 pagi tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, mereka yang diberikan suntikan vaksin itu terdiri daripada anggota pelbagai unit antaranya penguatkuasaan, pentadbiran, keselamatan dan siasatan. Langkah itu diambil susulan risiko jangkitan penyakit yang dibawa nelayan asing ketika melaksanakan pemeriksaan rutin di lautan.

Secara keseluruhannya, seramai 35 orang pegawai dan anggota daripada pegawai di pelbagai peringkat terlibat dalam program suntikan dos kedua vaksin Hepatitis B ini  bagi meningkatkan fungsi imun dalam badan serta mengelak daripada berlakunya penyakit radang hati. Pelaksanaan suntikan dos pertama vaksin Hepatitis B ini telah diadakan pada 28 Jun 2021 lalu manakala pelaksanaan suntikan dos ketiga akan diiadakan 22 Febuari 2022 nanti.

Penerima suntikan ini akan menerima faedah secara langsung perlindungan daripada risiko penyakit berjangkit yang juga merupakan kepentingan dan objektif utama program ini dijalankan.

 

WhatsApp Image 2021 08 20 at 11.05.01 AM     WhatsApp Image 2021 08 20 at 11.05.00 AM 1
     
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON