25
Thu, Apr

MARITIM MALAYSIA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI MCPF KEBANGSAAN

PUTRAJAYA, 31 Januari – Maritim Malaysia menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Malaysia Crime Prevention Foundation – MCPF Kebangsaan) yang diketuai oleh Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob.

Delegasi MCPF hadir ke aras 12 Bilik Laksamana Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pada jam 3 petang tadi, disambut oleh Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merangkap Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim.

Turut hadir sama ialah Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim dan Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan a/l Veloo, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara MCPF dan Maritim Malaysia selain membincangkan aktiviti-aktiviti berkenaan pencegahan jenayah khususnya melibatkan maritim yang berpotensi untuk dilaksanakan.

Hadir sama mewakili delegasi MCPF antaranya ialah Dato' Sri A. Thaiveegan, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor dan Dato' Zamrud Misdi, Exco MCPF Kebangsaan merangkap Pengerusi MCPF Pontian, Johor.

Juga wakil dari Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Di akhir pertemuan, delegasi dan pimpinan tertinggi Maritim Malaysia mengambil gambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan.

 

WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.35 1    WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.35 2 
 WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.34 2    WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.33
 WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.34 1    WhatsApp Image 2023 01 31 at 15.26.34 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON