28
Thu, Mar

HUT 19 | MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-19 APMM

KUANTAN, 14 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama lebih 500 jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah hadir dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-19 Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini malam ini.

Datuk Seri Saifuddin dalam ucapan ringkas berkata, kerjaya sebagai penguat kuasa Maritim Malaysia sangat penting kerana seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan besar kepada Agensi ini untuk mengawal perairan negara yang berkeluasan 556,285 kilometer persegi dari segala ancaman jenayah di laut.

Justeru tambah beliau, seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga memberikan khidmat bakti kepada negara kerana tugas dan tanggungjawab ini akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Terdahulu majlis telah dimulakan dengan sesi ceramah oleh Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham bertajuk 'Israk Mikraj suatu perjalanan Agung Rasulullah SAW, suatu ketahanan Jiwa dan spritual Rasulullah SAW sebagai mentor perjuangan Maritim Malaysia'.

Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib dan Solat Hajat berjemaah serta Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Kepten Maritim Nik Kamaruddin Yunoh.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa.

 

YASSIN TAHLIL HUT   YASSIN TAHLIL HUT 3   YASSIN TAHLIL HUT 5   YASSIN TAHLIL HUT 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON