LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS)

 a.  

Konsep asas GMDSS adalah supaya pihak berkuasa SAR di pantai/darat, termasuk juga kapal-kapal yang berdekatan dengan kapal atau orang yang dalam kecemasan,  akan diberitahu  berkenaan kecemasan tersebut dengan pantas  supaya mereka boleh membantu  dalam operasi  mencari dan menyelamat (SAR)  yang dikoordinasikan tanpa kelewatan. GMDSS juga menyediakan komunikasi bagi keperluan tindakan segera (urgency) dan  keselamatan dan menyebarluaskan maklumat keselamatan laut.

b.

Di bawah GMDSS, semua kapal kargo 300 gross ton ke atas yang didaftarkan dan semua kapal penumpang yang terlibat dalam pelayaran antarabangsa perlu dilengkapi dengan peralatan komunikasi  radio yang mematuhi piawai antarabangsa seperti yang dijelaskan dalam sistem ini.

c.

Amaran palsu – Statistik telah menunjukkan bahawa banyak insiden amaran kecemasan GMDSS adalah palsu. Salah satu alasan sebab amaran kecemasan palsu adalah penggunaan peralatan GMDSS yang tidak betul oleh anggota yang tidak terlatih atau kurang terlatih. Ia juga mungkin disebabkan tiada pengalaman amali peralatan GMDSS di atas kapal oleh anggota terlatih. IMO telah mengeluarkan panduan bagi mengelak amaran palsu dan telah memperkenalkan satu piawai rekabentuk butang, yang bermakna butang kecemasan tersebut hendaklah dilindungi dan untuk diaktifkan mesti ditekan ke bawah untuk sekurang-kurangnya 3 saat. Terdapat masalah pada rekabentuk alat dan kelemahan latihan. EPIRB perlu sensitif, kerana ianya perlu boleh bebas terapung, dan sensitiviti ini kadang-kadang boleh menyebabkan berlakunya amaran palsu.

d.

Pemberitahuan dan Pembatalan Amaran Palsu – Kapal-kapal boleh menggunakan apa juga cara yang ada pada mereka untuk memaklumkan pihak berkuasa SAR sewajarnya, bahawa amaran kecemasan palsu telah terpancar dan hendaklah membatalkannya.