LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kronologi

21 April 1999

Kajian untuk mewujudkan sebuah agensi penguatkuasaan di Malaysia dimulakan.

21 Ogos 2002

Kabinet meluluskan penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

16 April 2003

Tim Nukleus ditubuhkan sebagai perintis usaha merealisasikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Julai  2004

Akta APMM 2004 (Akta 633) diwartakan.

15 Februari 2005

Akta APMM 2004 (Akta 633) dikuatkuasakan.  Tarikh ini juga diisytihar sebagai penubuhan rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan dijadikan sebagai Hari Ulang Tahun APMM.

10 Oktober 2005

Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan soft launching APMM bagi memperkenalkan agensi.

30 Oktober 2005

Agensi telah mula beroperasi di Zon Maritim Malaysia dengan penumpuan diberi kepada perairan Selat Melaka terlebih dahulu

21 Mac 2006

Majlis Pelancaran Rasmi APMM oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

6 Jun 2006

Tarikh berkuatkuasa bagi APMM mengambil alih tugas penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim dari Jabatan Laut Malaysia bagi mengendalikan operasi Mencari dan Menyelamat di kawasan tanggungjawab.