WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PERKHIDMATAN MENCARI DAN MENYELAMAT MARITIM (SAR)

a. Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia bertanggungjawab terhadap beberapa tugas mencari dan menyelamat. Ini termasuk mengesan insiden maritim, mengkoordinasi dan mengawal serta mengendali operasi mencari dan menyelamat maritim dalam kawasan tanggungjawab Malaysia dan memperuntukkan sumber-sumber SAR untuk membantu dalam aspek kemanusian dan insiden awam. APMM juga mengendalikan program pencegahan SAR untuk mengurangkan bilangan dan keseriusan insiden SAR maritim.
b. APMM telah menubuhkan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat iaitu “Maritime Rescue Coordinating Center” (MRCC) dan lima Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat iaitu  “Maritime Rescue Sub–Center” (MRSC) dengan tujuan untuk mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat di laut dalam kawasan mencari dan menyelamat maritim Malaysia (Maritime Search and Rescue Region – MSSR). Pusat-pusat ini beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
c. Sesiapa yang memerlukan bantuan kerana mengalami kesukaran di laut atau berlaku kecemasan di laut atau terlihat atau mempunyai maklumat berkenaan  insiden kecemasan di laut, hendaklah menghubungi MRCC atau MRSC secepat mungkin dengan memberi maklumat yang tepat supaya bantuan sewajarnya atau operasi menyelamat yang berkesan boleh dilancar dan dikoordinasikan dengan segera. Maklumat boleh juga disalurkan kepada MRCC atau MRSC dengan cara menghubungi atau membuat laporan di mana-mana Pejabat Daerah Maritim atau Balai Polis yang berdekatan atau membuat panggilan kecemasan 999.