19
Tue, Mar

BOT NELAYAN PUKAT TUNDA DITAHAN MILIKI ALAT KOMUNIKASI TIDAK BERDAFTAR

ALOR SETAR, 16 Januari – Zon Maritim Kuala Kedah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana memiliki alat komunikasi tidak berdaftar di kedudukan sekitar 2.6 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada jam 6.25 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, tangkapan bot nelayan tempatan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan khas OP MARDOF di sekitar perairan Kuala Kedah.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan yang dalam perjalanan menuju ke laut itu memiliki alat komunikasi jenis radio frekuensi sangat tinggi (VHF) yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bot itu ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menggunakan peralatan komunikasi yang tidak dibenarkan tanpa memiliki sebarang surat kebenaran penggunaannya.

Bot terbabit juga telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dengan melanggar syarat sah lesen pemilikan alat perhubungan komunikasi tanpa kelulusan bertulis daripada agensi kerajaan.

Bot bersama seorang tekong dan tiga kru warga Thailand itu ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana tidak mempunyai surat kebenaran menggunakan alat komunikasi dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Maritim Malaysia akan terus komited dan menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan aidilfitri tidak lama lagi.

Sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

PUKAT KOM 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON