LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 17 Disember : Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini mengadakan Perbarisan Komandan Latihan Maritim buat kali pertama bagi tahun 2015. Perbarisan terdiri daripada Empat Platun iaitu Bendahara, Temonggong, Laksmana, dan Panglima. Perbarisan diketuai oleh Ketua Laskar iaitu Laskar Kelas Dua Maritim Nazrul Naim Muhthar.

Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass melakukan pemeriksaan perbarisan dan pakaian  4 Bravo yang baru diterima Pelatih Asas Lain-lain Pangkat Siri 13/2015 dan disusuli dengan ucapan dan amanat Komandan Latihan Maritim.

Objektif utama perbarisan adalah memupuk disiplin diri pelatih dalam menentukan persiapan diri demi memenuhi keperluan perkhidmatan selain memenuhi aktiviti bulanan Sekolah Latihan Maritim.

 

web prade   web prade 2

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam AMSAS

KUANTAN, 17 Disember : Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menganjurkan sukan empat penjuru yang melibatkan Staf AMSAS, Pelatih Asas Pegawai siri 8/2015 dan Pelatih Asas Lain-lain Pangakat siri 13/2015. Karnival sukan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara jurulatih, staf dan juga pelatih asas.

Sukan empat penjuru ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass Komandan Latihan Maritim. Sebanyak lima jenis acara sukan dipertandingan pada kali ini termasuk Petanque, Kayak, Bola Tampar, Fulsal Padang dan juga Badminton.

Johan Sukan empat penjuru pada tahun ini telah dimenangi oleh Pasukan Bagahak yang mewakili Pelatih Asas Pegawai Siri 8/2015. Manakala johan akan membawa pulang piala pusingan yang diberi nama Piala Laksma Kejohanan 4 penjuru AMSAS beserta Hamper.

 4 penjuru web 2 4penjuru web 1 

 

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam AMSAS

KLANG, 10 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Klang (DM4) hari ini menerima Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah yang baharu Kepten Maritim Mohd Rosli bin Abdullah menggantikan Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan dalam Majlis Perjumpaan Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah (KPMW) bersama pegawai dan anggota WILSEL.

Majlis Serah Tugas telah diadakan di sini dan disaksikan oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Haji Adon bin Shalan dan Daerah Maritim Klang yang terletak di bawah naungan Wilayah Maritim Selatan mempunyai keanggotaan seramai 162 orang pegawai dan pegawai lain-lain pangkat dengan aset berjumlah dua buah kapal dan 11 buah bot.

Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 4 selama 1 tahun dan 7 bulan telah berpindah ke Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau di Daerah Maritim Klang di sini, tahap keselamatan di Perairan Selangor dari Sabak Bernam hingga Sepang amnya, berada dalam keadaan terkawal.  Di samping itu, kes rompakan di laut semakin berkurangan selain kes penyeludupan rokok dan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dapat dibanteras.

Warga DM4 mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa beliau dan selamat maju jaya kepada kedua-dua pegawai di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

IMG 9975 IMG 9994

Sumber: Staf Perhubungan Awam DM4 Klang

KUALA KURAU, 16 Disember – Aktiviti sukan di antara Pangkalan Maritim Kuala Kurau menentang Daerah Maritim 2 Pulau Pinang yang berlangsung Di Arena Asia Futsal Bagan Serai Perak.
 
Dua kategori sukan telah berlangsung iaitu sukan Badminton dan Futsal. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan di antara warga APMM. Turut serta dalam aktiviti ini, pemangku tugas Ketua Penguat kuasa Pangkalan Maritim Kuala Kurau, Lt Maritim Mohd Fairul Haswadi Bin Abu Bakar.
 
Tahniah kepada DM2 Pulau Pinang kerana menjuarai kedua-dua sukan yang diadakan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti sukan ini. Tahniah juga di ucapkan kepada warga PM3 Kuala Kurau di atas semangat kesukanan yang di tunjukkan, Majulah sukan untuk Maritim Malaysia.
 
16 dis-1 16 dis-2
   
 
Sumber: Staff Perhubungan Awam PM Kuala Kurau
 
Laskar kanan Maritim Mustaffa Bin Mansor

MERSING, 14 Disember - Pejabat Daerah Mersing telah mengadakan sebuah program iaitu perhimpunan pagi bermula pada pukul 7.30 pagi bertempat di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing semalam.

Dalam program tersebut, 39 buah agensi telah terlibat dan hadir bagi menjayakan program.

Tujuan utama perhimpunani itu diadakan adalah untuk memperkenalkan sebuah program baru yang dijangka akan berterusan sebagai aktiviti bulanan iaitu 'Program Jalan Angkat Zon Bersih Daerah Mersing'. Program jalan angkat ini akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan.

Program seperti ini amat bagus dan mampu merapatkan ikatan tali silaturrahin antara jabatan. Setiap agensi di daerah Mersing telah dibahagikan zon jalan angkat masing-masing untuk dijaga dan dibersihkan.

Sebagai salah sebuah pusat pelancongan,  Pegawai Daerah Mersing iaitu Haji Adib Azhari bin Daud berkata beliau mahu daerah Mersing menjadi sebuah daerah yang bebas daripada pencemaran dan sampah.

"Saya sendiri akan membuat lawatan ke seluruh kawasan di daerah Mersing bagi memastikan hasrat ini tercapai iaitu untuk menjadikan Mersing menjadi sebuah daerah yang paling bersih di Johor" kata Adib Azhari dalam perhimpunan pagi semalam.

Sebelum perhimpunan bersurai, Pegawai Daerah Mersing telah menyampaikan cenderahati berbentuk penyepit sampah berserta sepasang sarung tangan sempena merasmikan Program Jalan Angkat Zon Bersih Daerah Mersing kepada setiap wakil jabatan yang datang.

 IMG-20151213-WA0000

Disediakan oleh:

LK I (M) Nurhidayu binti Abidin

Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing (PM5)