LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 29 Oktober - Seramai 32 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Utara (WILUTA) telah mengikuti Bengkel Arahan Keselamatan Kerajaan APMM Peringkat WILUTA bertempat di APMM Daerah Maritim Pulau Pinang (DM2) selama 3 hari bermula 26 hingga 28 Oktober 2015.

Peserta telah didedahkan dengan langkah-langkah keselamatan dan pelaksanaan Inspektorat Keselamatan dalam meliputi pengurusan keselamatan perlindungan dari aspek fizikal, dokumen dan peribadi seperti yang telah ditetapkan dalam arahan Keselamatan Kerajaan.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Muhd Ikmal Fairuz bin Muhammad Noor dari Tim Naziran, Cawangan Pentadbiran dan Keurusetiaan, Ibu Pejabat APMM, Putrajaya.

Majlis Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pentadbiran dan Keurusetiaan APMM Ibu Pejabat, Putrajaya, Encik Shamshuzaman bin Haji Sulaiman.  Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah 2, Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan serta Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Maritim WILUTA, Encik Jegan A/L Subramaniam hadir bersama bagi menyempurnakan majlis penutup bengkel ini.

1Bengkel Keselamatan Wiluta 26-28.10.15 2Bengkel Keselamatan Wiluta 26-28.10.15

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Pulau Pinang (DM2)

KOTA KINABALU, 5 November - Satu majlis doa selamat dan tahlil arwah telah diadakan di Pejabat Dearah Maritim Kota Kinabalu (DM15) pada pagi hari ini sempena meraikan kenaikan pangkat kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan Maritim baru-baru ini.  Majlis ini juga bertujuan sebagai tanda kesyukuran kepada Ilahi setelah kejayaan Program Jiwa Murni Mega yang dilaksanakan di Pulau Mantani pada bulan Ogos yang lepas.

Majlis tahlil arwah seterusnya diadakan bagi dua orang anggota APMM yang telah kembali ke rahmahtullah akibat serangan jantung.  Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Sobian bin Khairudin dari Pejabat Wilayah Maritim Sabah dan Labuan (WILSAB).  Beliau juga telah menyampaikan tazkirah ringkas bagi menyempurnakan majlis tersebut.

IMG 0279

Oleh :

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Kota Kinabalu (DM15)

KUANTAN, 4 Nov - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Maritim Timur (WILTIM) telah menerima kunjungan dari peserta Kursus International Intermediate Maritime Search And Rescue Course (IIAMSARC) yang sedang menjalani kursus di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Kursus tersebut yang bermula dari 2 hingga 13 November 2015 terdiri daripada 22 peserta pegawai penguat kuasa maritim negara Asean seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Filipina dan Timor Leste bersama penasihat dari JICA, Komander Kunikatsu Matsumoto.  Kunjungan peserta ini merupakan salah satu program yang telah ditetapkan di dalam jadual kursus tersebut.

Pengarah Operasi WILTIM, Laksamana Pertama Maritim Yusof bin Ali mewakili Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Timur telah menyambut ketibaan peserta kursus. Taklimat berkaitan Sistem COSPAS-SARSAT telah disampaikan oleh Leftenan Maritim Hilmi bin Abdullah, pegawai SAR WILTIM bagi menyempurnakan program kunjungan tersebut.

1 2

Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM

KLANG, 4 November   Seramai 30 orang nelayan Sg Lima, Pulau Ketam yang diketuai oleh Datuk Song Kee Chai telah mengadakan kunjungan hormat ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Pelabuhan Klang (DM 4) pada hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim antara komuniti nelayan Sg Lima bersama APMM disamping itu mengadakan perbincangan mengenai isu dan masalah yang dihadapi oleh para nelayan.

Kunjungan telah dimulai dengan ucapan aluan oleh kedua-dua pihak dan diteruskan dengan sesi taklimat oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Pelabuhan Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan mengenai fungsi dan tanggungjawab APMM khususnya bagi sektor kawasan Daerah Maritim Pelabuhan Klang, Selangor.  Seterusnya beliau telah mengadakan sesi perbincangan secara terbuka bersama para nelayan mengenai permasalahan yang berkaitan.

Kunjungan ini telah diakhiri dengan pemberian cenderamata antara pihak nelayan dan juga sesi bergambar bersama pihak nelayan dan APMM.

IMG 4952 2 IMG 4963 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Pelabuhan Klang (DM4)

 

Kota Kinabalu, 5 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kota Kinabalu (DM15) telah melakukan latihan penembakan senajata api kecil di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu semalam.

Objektif latihan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan senjata yang lazimnya dikendalikan oleh anggota APMM.  Latihan ini meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata yang digunakan semasa pengoperasian.

Latihan ini juga bertujuan untuk membentuk anggota berkebolehan dan mahir dalam menggunakan senjata api kecil serta meningkatkan kecekapan menembak dan kemahiran dalam menggunakan senjata api.

Latihan penembakan yang melibatkan seramai 66 orang anggota termasuk vendor jemputan serta pelajar-pelajar dari SAITO Kolej ini telah meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mengendalikan senjata api kecil.  Agenda lain bagi latihan ini juga melibatkan latihan acara Precision 25 meter dan Falling Plate 25 meter.

20151104161920 20151104161834

 

Oleh :

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Kota Kinabalu (DM15)