LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BANDAR BARU BANGI, 8 November - Kelab Kebajikan & Sukan Ibu Pejabat, APMM, Putrajaya telah menganjurkan satu Pertandingan Bowling APMM 2015 yang dirasmikan oleh YBhg Laksamana Maritim Dato’ Haji Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar, Ketua Pengarah APMM bertempat di Ampang Superbowl@Bangi Gateway, di sini semalam.

Seramai 112 orang pegawai dan anggota warga Ibupejabat termasuk 16 orang wanita dari Kelab PUSPANITA Kecil APMM telah menyertai pertandingan ini. Bayaran “Yuran Penyertaan” bagi pertandingan ini dikenakan sebanyak RM 30.00 seorang sebagai setiap peserta.

Pertandingan ini bukan sahaja satu sukan untuk riadah tetapi ianya merupakan ikatan tali silaturrahim antara satu sama lain serta menjalinkan kerjasama yang baik dalam satu pasukan. Kemeriahan, gelak tawa dan riuh rendah pertandingan turut dirasai oleh peserta dan ahli keluarga yang hadir.

Kategori-kategori yang dipertandingankan dalam pertandingan ini iaitu Kategori Individu Lelaki/Wanita, Kategori PUSPANITA dan Kategori berpasukan Lelaki/Wanita.

Juara keseluruhan Pertandingan Bowling Ibu Pejabat telah dimenangi oleh Bahagian Pengurusan dengan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Pengarah APMM. Piala ini merupakan sumbangan daripada Ketua Pengarah APMM.

Pertandingan diakhiri dengan ucapan ringkas dari Ketua Pengarah yang menyarankan agar aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan termasuk Wilayah, Daerah dan Pangkalan Maritim untuk mengeratkan serta menjalinkan tali silatulrahim di kalangan semua warga APMM.

Turut hadir bersama Datin Hajah Razana binti Ahmad Fauzi, isteri Ketua Pengarah APMM serta Isteri-isteri Timbalan Ketua Pengarah APMM.

bowling 1 bowling 2

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Ibupejabat APMM, Putrajaya

ALOR STAR, 9 November- Kunjungan hormat oleh Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar, Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi  ke atas PKP Faridon bin Md Saad, Pemangku Pengarah Penjara Pokok Sena, bertempat di Penjara Pokok Sena, Alor Star, Kedah.

Kunjungan tersebut merupakan yang julung kalinya diadakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Kuala Kedah, melibatkan 25 orang Pegawai dan Pegawai LLP. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia terjalin disamping mengalakkan interaksi dipelbagai peringkat dalam agensi serta membincangkan dan berkongsi pendapat terutamanya berkenaan isu-isu tahanan.

IMG 2541IMG 2544  

Sumber/Foto: Unit Perhubungan Awam Pangkalan Kuala Kedah

KOTA KINABALU, 9 November – Pertandingan Bowling anjuran Daerah Maritim Kota Kinabalu telah berlangsung dengan jayanya pada 6 November yang lalu bertempat di MyBowl 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 50 orang pegawai dan anggota telah menyertai pertandingan ini, Upacara perasmian telah dirasmikan oleh Kepten Maritim Zin Azman bin Md Yunus yang merupakan Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kota Kinabalu.

Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara pegwai dan anggota baru dan lama serta mencari bakat-bakat baru yang berpotensi untuk mewakili Daerah tersebut dalam mana-mana pertandingan samada jemputan dari pihak Kerajaan atau Swasta.

Majlis ini juga meraikan Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kota Kinabalu yang akan bertukar keluar dari Daerah Maritim Kota Kinabalu tidak lama lagi.

 

 

kecikan   kecikan2

Sumber:

LK I (M) Mohamad Shahir Mohd Arifin
Staf Unit Perhubungan Awam Maritim Kota Kinabalu

 

 

 

 

KUANTAN, 9 November - Penutup Kursus Pegawai Memerintah Muda Siri 16/2015 anjuran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah dilaksanakan pada 6 November yang lalu bertempat di Hotel Riz, Seri Manjung, Perak.

Kursus tersebut bermula pada 19 Oktober dan berakhir pada 6 November ini melibatkan seramai 20 orang Pegawai Penguatkuasa Maritim yang berpangkat Leftenan Dya Maritim hingga Leftenan Maritim. Kursus ini merangkumi dua aspek iaitu teori dan praktikal laut. Latihan teori dijalankan di dalam kelas di AMSAS manakala praktikal dilaut dilakukan di Kapal-kapal Maritim yang berpangkalan di Daerah Maritim tiga (DM3) Lumut, Perak.

Latihan Praktikal dilaut diadakan pada 2 sehingga 6 Nov lepas yang melibatkan dua kapal dari Daerah Maritim 3 Lumut iaitu KM Marlin dan KM Gagah. Latihan ini diadakan pada waktu siang dan malam bagi menguji tahap dan kemahiran pegawai-pegawai maritim yang mengikuti kursus ini. Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta kursus kerana telah lulus dengan jaya.

Majlis penutup turut dihadiri oleh Komandan Latihan Maritim AMSAS Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass. Beliau juga Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan krew kapal yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. 

 kpmm 1 kpmm 2 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS

PUTRAJAYA, 5 November - Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menganjurkan “Minggu Bahasa Maritim Malaysia” dari 5 November hingga 14 November 2015 bertempat di Auditorium Tingkat 11, di sini semalam.

Minggu Bahasa ini telah dirasmikan oleh YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Haji Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar, Ketua Pengarah APMM dan diiringi Laksamana Muda Maritim Dato’ Che Hassan bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) dan YBrs. Encik Samsuni bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta Tuan Haji Muhammad Jasman bin Haji Juraimi, Pengarah Sumber Manusia.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Kuiz Cabaran Bijak Bahasa dan Ceramah. Ceramah Kesalahan Penulisan Dokumen Rasmi dan Kesalahan bahasa disampaikan oleh penceramah jemputan dari wakil Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Program tersebut akan berakhir dengan pertandingan Eksplorasi Bahasa pada 14 November 2015 ini bertempat di Taman Westland, Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis ini Encik Rahimi bin Ariffin, Perancang Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Pengarah-pengarah Cawangan dan warga Ibu Pejabat, APMM, Putrajaya.

gmbr bhsa 2 gmbr bhsa 1

 

Sumber : Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat APMM, Putrajaya