LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Miri – 13 November, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Miri (DM13) menyambut baik rombongan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Kebangsaan Kg Bungai, semalam.

Rombongan seramai 42 orang pelajar dan lima orang guru tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan dua buah aset DM13 iaitu KM RHU dan Bot Penyelamat 9.

Lawatan ini bukan sahaja dapat membantu melengkapkan sebahagian daripada kurikulum sekolah ini, malah ia juga merupakan satu Platform kepada DM13 dalam memberikan pendedahan awal mengenai Maritim Malaysia kepada pelajar sekolah tersebut.

lawatan 3 lawatan 4

 

Staf Unit Perhubungan Awam WILSAR (DM13)

PUTRAJAYA, 14 November - Majlis Penutupan Kursus Pengenalan Tindakan Khas Siri 1/2015 telah dirasmikan oleh Komander Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, Ketua Pasukan Tindakan Khas bertempat di Auditorium Tingkat 11, Ibu Pejabat APMM.

Seramai 5 anggota termasuk 1 seorang pegawai komando yang baru telah berjaya menamatkan Kursus Pengenalan Pasukan Tindak Khas (PTK) yang diadakan oleh Pasukan Tindakan Khas sejak 5 Oktober yang lalu hingga 13 November 2015.

Kursus ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi seperti Daerah Klang, Subang dan Mantin, Negeri Sembilan. Antaranya Modul latihan seperti Pengendalian Senjata,Latihan Menara, Latihan Pesawat (Helikopter Agusta westland AW 139), Latihan Navigasi dan bot, latihan servivor dan lain-lain.

Dalam majlis ini juga, upacara pemakaian baret dan lencana PTK sebagai keanggotaan komando PTK turut di laksanakan dan dipakaikan oleh Ketua Pasukan Tindakan Khas.

Abdul Muhaimin berkata, kursus ini adalah sebagai asas atau pengenalan kepada semua anggota PTK yang baru memasuki ke pasukan ini. Terdapat juga lebih banyak kursus kepakaran yang akan diikuti nanti.

LK II Maritim Edward Muksing telah dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Kursus setelah menepati segala cabaran dan rintangan dengan tabah dan penuh bersemangat.

 

PTK 2 PTK 1

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat APMM

KLANG, 12 November- Seramai 20 pegawai dan pegawai lain-lain pangkat Daerah Maritim Klang telah terlibat dalam Kursus Asas Fotografi bertempat di bilik auditorium Pejabat Daerah Maritim Klang, disini hari ini.

Objektif kursus adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta-peserta berkaitan teknik fotografi dan tatacara pengoperasian camera digital yang betul untuk pengambilan gambar ketika melaksanakan pengoperasian dan aktiviti-aktiviti untuk mendapat sudut-sudut yang berkualiti. Gambar-gambar yang diambil akan dimasukkan ke dalam Laman Web Maritim dan juga dihantar kepada para media.

Kursus ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa teori dan amali. Fasa teori dijalankan di dalam bilik auditorium dan fasa amali diadakan di sekitar pejabat untuk melihat keberkesanan ilmu yang dipelajari.

IMG 5103 IMG 5099

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang

GEORGETOWN, 13 November – Seramai 40 pelajar dan diiringi empat orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang telah membuat lawatan sambil belajar ke pejabat dan kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang semalam.

Mereka telah disambut dan diberikan taklimat berkenaan fungsi serta peranan agensi ini yang telah disampaikan oleh staf unit perhubungan awam Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, LK I Maritim Mohd Zulhilmi bin Othman.

Selepas taklimat diberikan, mereka dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk melawat kapal-kapal yang beroperasi di daerah ini diiringi oleh pegawai unit perhubungan awam daerah, Leftenan Madya Maritim Norazhar bin Nordin dan ketua kerani, Bintara Kanan Maritim Abdul Majid bin Yaakob. Kesemua mereka merupakan pelajar tahun 3 sehingga 6 disekolah tersebut.

Rata-rata pendapat pelajar yang hadir dalam lawatan ini amat berpuas hati dengan layanan serta penerangan yang diberikan, ada diantara mereka sangat teruja apabila berada diatas kapal milik agensi ini.

1Lawatan Sambil Belajar SK Sungai Rusa 12.11.15 2Lawatan Sambil Belajar SK Sungai Rusa 12.11.15

 Sumber:

LK I Maritim Mohd Zulhilmi Othman

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

KEMAMAN, 12 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Indian Coast Guard Ship (ICGS) SAMRAT sempena lawatan kapal tersebut ke Wilayah Maritim Timur (WILTIM) di sini, hari ini.

Perlawanan persahabatan ini melibatkan dua jenis sukan iaitu bola tampar dan badminton (acara beregu) yang dilangsungkan di Pangkalan Maritim Kemaman (PM6). Pasukan ICGS SAMRAT diketuai oleh Komander Rsbhatta manakala WILTIM diketuai oleh Lt Dya Maritim Sahak bin Sageh.

Perlawanan yang berlangsung selama tiga jam itu menyaksikan pasukan Bola Tampar ICGS SAMRAT telah mengalahkan Pasukan Pasukan Bola Tampar dari Maritim Malaysia dengan mata 2 berbalas 1 manakala pasukan Regu Badminton Maritim Malaysia dan ICGS SAMRAT masing-masing menurunkan empat regu dimana Maritim Malaysia telah memenangi tiga dan seri satu perlawanan dengan pasukan ICGS SAMRAT.

Acara ini telah berlangsung dengan jayanya, selain bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Indian Coast Guard dan Maritim Malaysia ianya juga dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan dalam menyahut seruan Program 3K yang dianjurkan oleh Maritim Malaysia Wilayah Timur.

pmk121115mmea

pmk121115samrat

Disediakan:  Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kemaman.