LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JERANTUT, 30 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri turut menghantar misi kemanusiaan dengan penghantaran barangan keperluan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir di kawasan Jerantut, Pahang.

Ini adalah hasil sumbangan orang ramai dengan kerjasama Pasaraya Tesco Puchong. Kesemua barangan keperluan harian seperti makanan dan pakaian ini telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pedah, Jerantut, Pahang  yang merupakan salah satu Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Banjir di Pahang. Seramai 290 keluarga yang ditempatkan di situ dimana keseluruhan mangsa adalah seramai 975 mangsa.

Wakil Maritim Malaysia, PWII (M) Abdul Jamil Zaki Che Awang telah menyampaikan barang-barang tersebut kepada Naib Pengerusi Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Encik Mohd Azhar Zakaria dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerantut, Encik Mohamad Bazli Abd Ghani. Turut hadir  Ahli Parlimen Jerantut, Tuan Haji Ahmad Nazlan Idris.  

1 2

Sumber : Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat

KUALA TERENGGANU, 5 Januari – Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) hari ini melawat anggotanya yang telah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Kepten Maritim Xavier Thevadas a/l Gnanapragasam serta beberapa pegawai dan anggota meluangkan sedikit masa melawat Laskar Kelas Satu Maritim Izi Nurizwan bin Rene di HSNZ bagi menyampaikan sumbangan serta melihat keadaaan beliau setelah selamat menjalani pembedahan di bahagian kakinya yang cedera ketika bertugas.

Izi Nurizwan cedera setelah bot gentian kaca yang dinaiki bersama empat yang lain terbalik dan menghempap kakinya ketika menyertai operasi mengambil mayat di Pulau Kapas pada 22 Disember lalu. Beliau telah dimasukkan semula ke hospital pada 31 Disember 2014 kerana luka pada kakinya telah dijangkiti kuman.

Warga DM9 mendoakan kesihatan beliau dan segera sembuh dari kecederaan yang dialaminya.

IMG 5801 IMG 5817

 

Disediakan oleh: LK I (M) Mohd Hisham bin Surat

                            Staf Perhubungan Awam DM9

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Kehadiran seramai 85 peratus anggota dalam masa sejam dalam Latihan Memanggil Semua Anggota (Recall Plan Proof) menandakan kesiapsediaan kesemua warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9) kembali bertugas semasa diperlukan tercapai.

Pengarah Operasi DM9, Leftenan Komander Maritim Mohamad bin Zainal berkata, latihan yang diadakan di ambang tahun baru semalam bertujuan memastikan bahawa semua warga DM9 bersedia pada bila-bila masa untuk digerakkan semasa diperlukan dan juga bagi memudahkan cara pengumpulan dan penyampaian maklumat kepada semua warga agar misi dapat dicapai dengan segera.

Tambahnya, keberkesanan latihan ini penting bagi melatih warga DM9 dalam menghadapi situasi panggilan kecemasan serta mewujudkan rangkaian perhubungan antara pihak pengurusan dengan warga unit masing-masing.

IMG 5764 IMG 5740

 

Disediakan oleh: LK I(M) Mohd Hisham bin Surat

                            Staf Perhubungan Awam DM9

KUALA LINGGI, 1 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi (DM5) membuka tirai aktivitinya dengan menyertai pameran di Program 'Di Ambang 2015 / Hari Keluarga Warga Kuala Linggi' anjuran Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Kuala Linggi (JAPERUN), Melaka hari ini.

Ketua Penguat Kuasa DM5, Kepten Maritim Abu Bakar bin Idris berkata, usaha secara berterusan dalam sasaran merapatkan hubungan dengan penduduk setempat hendaklah dipergiatkan.

"Pendekatan berhemah hendaklah dipraktikan tanpa menghakiskan visi dan misi APMM. Saya berharap ianya sedikit sebanyak dapat menghasilkan sesuatu yang positif bagi DM5 dan Maritim Malaysia umumnya,” katanya.

Selain itu, warga maritim DM5 turut menyertai aktiviti 'Larian 1000 Langkah' di sebelah paginya. Turut terlibat sama di program ini ialah pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri Melaka.

P 20150101 095207 HDR resize A P 20150101 131813 resize a

Sumber                   : Staf Perhubungan Awam DM5

Jurugambar             : BK Maritim Roslan Hj Klp Ibrahim