LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 19 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim Klang diwakili oleh pemain-pemain Team Futsal Maritim Klang FC menentang Team Futsal Sinar Harian dalam perlawanan persahabatan futsal yang diadakan diGelanggang Futsal Frenzy, Seksyen 16, Shah Alam semalam. 

Perlawanan yang diadakan itu berlangsung dalam keadaan meriah dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara APMM dan pihak media yang turut bersama-sama memberi sokongan padu dalam menjayakan perlawanan itu.Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan telah menunjukkan persembahan yang baik dengan serangan bertali arus turut ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam usaha memburu gol awal. Ketangkasan penjaga gol Team Futsal Sinar Harian telah dibolosi dengan jaringan pada awal-awal 5 minit perlawanan daripada pasukan Maritim Klang FC dan juga berbalas jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, serangan bertali arus yang ditunjukkan oleh Team Futsal Sinar Harian  telah menjaringkan  jaringan gol yang menyebabkan tekanan kepada pasukan lawan. Dengan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh Team Futsal Sinar Harian dalam memburu gol akhirnya tertunai apabila pemainnya berjaya menggegarkan gol lawan.

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan itu turut disaksikan oleh Ketua Editor Sinar Harian bersama para wartawan dan telah diakhiri dengan pemberian cenderamata antara pihak APMM kepada wakil media.

IMG 5358

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam DM4 

KLANG, 19 November –  Seramai 30 orang pelajar bersama guru-guru daripada SMK Dato Hamzah Pelabuhan Klang telah mengadakan lawatan akademik ke Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim, Daerah Maritim Klang (DM 4) semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan berkata, para pelajar diberi taklimat berkaitan fungsi dan tanggungjawab APMM bagi memberi pendedahan awal untuk menarik minat para pelajar dalam memilih kerjaya dalam APMM pada masa akan datang. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Mohamad Faaiz bin Mohd Nor @ Samah dan Pegawai Memerintah Kapal dengan lebih jelas dan terperinci.

"Di sini, pelajar-pelajar diberi pengalaman mengikuti pelayaran bersama Kapal Maritim untuk melihat sendiri tugas dan tanggungjawab anggota-anggota APMM dalam melaksanakann tugas di laut " katanya.

Lawatan ini telah diakhiri dengan pemberian cenderamata daripada pihak APMM kepada wakil guru SMK Dato Hamzah Pelabuhan Klang.

IMG 5355 IMG 5354

 

Sumber: Staf Perhubungan Awam DM4 

KUANTAN, 17 November - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan jayanya telah menamatkan International Intermediate Maritime Search And Rescue Course (IIMSARC) yang berlangsung selama dua minggu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Japan International Coorparaton  Association (JICA).

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih AMSAS dan pegawai APMM yang berkemahiran serta pakar dalam SAR. Kursus ini melibatkan tujuh buah Negara ASEAN iaitu Myammar, Kemboja, Thailand, Indonesia, Timor Laste, Filipina dan juga Malaysia seramai 20 orang kesemuanya.

Peserta Kursus telah didedahkan dengan pembelajaran teori, pengiraan lembaran kerja, dan Maritime Plotting. Selain itu juga, peserta kursus turut dibawa melawat ke MRSC Kuantan, KM Sebatik yang berpangkalan di Kemaman turut melawat MYMCC APMM yang berada di AMSAS.

Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Dato' Mohd Taha Ibrahim Pengarah Pendidikan Dan Latihan  AMSAS.

immsar 1   iimsar 2

KLANG, 12 November– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim Klang telah melaksanakan latihan penembakan Oto Melara 12.77MM semalam di sekitar Perairan Morib.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan berkata, objektif latihan penembakan adalah untuk menguji tahap kesiapsiagaan senjata utama dan tahap kemahiran krew bot dalam tatacara pengendalian termasuk perintah dan kawalan senjata tersebut sama ada pengendalian secara manual atau remote control. 

"Selain itu, wakil dari Daerah Maritim Tanjung Sedili turut terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pengoperasian dan keberkesanan latihan ini dilakukan" katanya.

IMG 3995

 Sumber : Staf Perhubungan Awam DM4

LUMUT, 13 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 3 Lumut telah menganjurkan Hari Bersama Media dengan membawa belayar seramai 22 petugas media cetak dan elektronik yang berlangsung di perairan Pulau Sembilan semalam. Pelayaran sehari itu melibatkan tiga buah kapal Maritim Malaysia iaitu KM Gagah, KM Marlin dan KM Perwira.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3 Lumut (KPDM), Kepten Maritim Zulinda binti Ramly berkata, program itu adalah untuk merapatkan hubungan antara media dan pihak Maritim.

"Ia dijalankan untuk mendedahkan peranan sebenar Maritim Malaysia kepada media di samping latihan kecekapan kapal yang terlibat," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pelayaran seperti latihan pengeledahan kapal, keluar masuk kapal di pelabuhan, latihan rakit penyelamat, latihan kebakaran, penembakan senjata General Purpose Machine Gun (GPMG) dan melawan kebanjiran.

Nor Azharul Nasarudin dari Utusan Malaysia berkata, "tugas anggota Maritim Malaysia sangat mencabar dan saya menghormati anggota yang sabar bertugas demi mengalas tanggungjawab kepada negara tanpa sebarang rungutan, malah mereka tahan berada di lautan biarpun kapal dilanda gelombang sedangkan kami (petugas media) ada yang sudah mabuk laut," ujurnya yang belayar bersama kapal KM Pewira.

IMG 2514 - Copy IMG 2136 - Copy
   

                                           

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM3 Lumut