LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 24 November - Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili  telah menerima kunjungan dari Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Putrajaya untuk membincangkan permasalahan yang terdapat di Daerah ini terutama tentang Perkhidmatan.

 Pengarah Cawangan Sumber Manusia Haji Jasman b Haji Jurami dan Penolong Pengarah kanan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Liew Lee Su wakil dari Ibu pejabat serta Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Wilayah Selatan Irmawati binti Ismail dan Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Perkhidmatan Wilayah Selatan Zahratul Ziha binti Dato Mohamad Razali turun padang sendiri bagi mengetahui permasalahan serta kekangan yang terdapat di Daerah ini.

 

IMG 1188   IMG 1175

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM 7

              LK (M) Roswadi bin Mohamed

MERSING, 23 November – Pangkalan Maritim Mersing telah menerima kunjungan dari Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Putrajaya untuk membincangkan permasalahan yang terdapat di Pangkalan ini terutama tentang Perkhidmatan.

Pengarah Cawangan Sumber Manusia Haji Jasman b Haji Jurami dan Penolong Pengarah kanan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Liew Lee Su wakil dari Ibu pejabat serta Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Wilayah Selatan Irmawati binti Ismail dan Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Perkhidmatan Wilayah Selatan Zahratul Ziha binti Dato Mohamad Razali turun padang sendiri bagi mengetahui permasalahan serta kekangan yang terdapat di Pangkalan ini.

IMG 4114 IMG 4120
   

 

Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing

LK(M) Abd Rashid Ismail

 

 

 

LUMUT, 21 November – Maritim Malaysia, Daerah Maritim 3 Lumut telah menganjurkan latihan menembak senjata kecil yang melibatkan semua pegawai dan anggota yang dibawah naungan selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 November 2015 bertempat di Lapang Sasar Abdul Samad Pangkalan TLDM Lumut, pada hari ini.

Latihan menembak ini bertujuan untuk melatih pegawai dan anggota DM3 Lumut tentang tatacara penggunaan senjata kecil jenis Raifel M16 dan Pistol Glock 19 serta menambahkan lagi kemahiran dan kecekapan menembak pada setiap anggota.

Objektif penembakan ini juga adalah untuk membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping membina disiplin yang tinggi dan meningkatkan kemahiran anggota dalam teknik penembakan acara Precision, Rapid Fire dan Falling Plate.

IMG 5345 IMG 5367
   

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM3 Lumut

KOTA TINGGI, 23 November - Daerah Maritim Tanjung Sedili (DM7) telah mengadakan perbarisan tahunan yang pertama bagi tahun 2015 yang di hadiri oleh semua warganya,semalam.

Majlis yang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa, seterusnya dengan bacaan doa dan pemeriksaan perbarisan yang di lakukan oleh Kepten Maritim Amran bin Hj Daud selaku Ketua Penguatkuasa Maritim DM7.

Kepten Maritim Amran bin Hj Daud menyeru kepada setiap warga DM7 agar terus mengekalkan serta cuba mempertingkatkan tahap prestasi kerja bagi menaikkan nama agensi serta daerah. Besar harapan beliau untuk melihat DM7 serta warganya menjadi contoh yang terbaik dan menjadi rujukan kepada agensi dan diterima oleh masyarakat setempat dalam menjalankan tugas yang di amanahkan.

 

IMG 1125   IMG 1119

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM7

               LK (M) Roswadi bin Mohamed

 

 

Kuala Linggi, 19 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5) telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) bertempat di Lapang Sasar Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang, semalam.

Tujuan latihan adalah untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api kecil yang sering digunakan sewaktu melaksanakan operasi di laut. Secara tidak langsung latihan ini dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu bertugas.

Pada hari tersebut, anggota telah menjalani ujian penembakan bagi acara Precision 10 dan 15 meter dan Falling Plate 25 meter. Terdahulu, satu sesi kelas pengenalan senjata api kecil telah diadakan dan dikendalikan oleh jurulatih menembak APMM, Bintara Muda Maritim Erman bin Hj Mahrilar.

tembak 1 tembak 3

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi

Laskar Kelas I Maritim Siti Nur Naiemah bt Abdul Shukur