LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 29 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) , Cawangan Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim, Ibu Pejabat APMM telah menganjurkan latihan penentuan tahap kecekapan kapal KM Siangin dan Km Tenggol dengan jayanya  pada 22 hingga 26 November lalu di Jeti Daerah Maritim  1 Langkawi. 
 
Tujuan latihan ini diadakan adalah meningkatkan tahap kecekapan dan kesiagaan warga kapal yang merangkumi perlaksanaan pengendalian tatacara evolusi , peralatan dan langkah-langkah keselamatan semasa melaksanakan operasi di laut mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Kapal dan Bot APMM yang ditetapkan serta menilai Tahap Kesiagaan Operasi .
 
Pelaksanaan latihan operasi ini dilaksanakan mengikut  empat (4) fasa antaranya terdiri daripada pemeriksaan dokumen dan peralatan di perlabuhan, fasa perlabuhan , fasa laut dan penilaian kesiagaan operasi.  Turut hadir pada majlis akhir penilaian tersebut Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar serta Pengarah Operasi Wilayah Utara, Kepten Maritim Hj Salim Ahmad. 
 
 
IMG-20151127-WA0027 IMG 7557

 

Sumber : Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Langkawi ( DM 1 ) 

LANGKAWI, 23 November – Kejohanan Iron Man anjuran Daerah Maritim Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada 18 November yang lalu bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Maritim 1 Langkawi.
 
Seramai 50 orang pegawai dan anggota yang mewakili daripada Pejabat DM 1 ,kapal dan bot serta Pangkalan Maritim Kuala Kedah dan juga dari Pangkalan Maritim Kuala Perlis. Kejohanan Ironman ini terdiri daripada acara marathon, berbasikal dan juga berenang. 
 
Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pegawai dan anggota serta menambah dan meningkatkan pengetahuan kefahaman dan kemahiran para peserta tentang fokus aktiviti uji cergas yang diadakan.
 
IMG 6992

IMG 7256

 

Sumber  : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi

KUALA LINGGI, 27 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi (DM5) telah menyertai pameran jemputan Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Kuala Linggi (JAPERUN) bersempena program “Kesedaran Kebakaran dan keluarga JAPERUN Kuala Linggi’ serta Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia disini pada 21 dan 22 November baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti seperti demontrasi kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, pameran agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertandingan bagi semua peringkat umur serta  konsert telah diadakan sepanjang 2 hari program berlangsung.

Program pada hari tersebut disempurnakan oleh yang berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

   
IMG 4155 IMG 4182

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi

LK I (M) Siti Nur Naiemah bt Abdul Shukur

KUALA LINGGI, 26 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Kuala Linggi (DM 5) telah menjemput Ustaz Mohd Zaki bin Haji Maidin,Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam WILSEL untuk mengendalikan Program Pemantapan Nilai Murni bertempat di ruang legar Blok B DM 5, semalam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan kebersihan diri dan tatacara menyucikan diri dalam mengerjakan ibadat harian.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Laksamana Pertama Maritim Abu Bakar bin Idris berkata “saya berharap program-program seperti ini akan diteruskan lagi pada di masa akan datang untuk memantapkankan lagi ilmu keagamaan bagi setiap warga DM5”.

 

Sumber :

Staff perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi

LK I (M) Mohamad Nazri Naim bin Khalib

KLANG, 26 November  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Klang (DM 4) telah terlibat dalam Program Pemuliharaan Alam Semulajadi (Tanam Bakau) anjuran Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang di Beting Labu Lemak, Pulau Selat Kering di sini semalam.

Kira-kira 1,000 anak pokok bakau kurap (Rhizophora) berjaya ditanam dalam penglibatan seramai 10 anggota Daerah Maritim Klang  dan beberapa agensi-agensi lain iaitu Pasukan Polis Marin, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Laut Malaysia dan seramai lebih kurang 100 orang sukarelawan juga turut terlibat.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memastikan pemeliharaan hutan paya laut diwujudkan memastikan baki hutan paya laut terjaga dan tidak ditebang atau ditukar untuk guna tanah lain seperti pertanian dan penempatan di samping perancangan pengurusan hutan paya laut secara mampan.

Ianya juga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pokok bakau kepada pantai dimana ia dapat melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang. Selain itu juga, program ini dapat memupuk hubungan silaturahim di antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini.

IMG 5514 IMG 5512

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang