LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 7 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Australian Border Forces (ABF) memperluaskan lagi kerjasama antarabangsa dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan dengan melancarkan "Operasi Redback" di perairan Kuala Kurau dan sekitarnya di sini, hari ini.

Majlis pelancaran operasi disempurnakan oleh Laksamana Maritim Dato' Hj. Ahmad Puzi bin Hj Ab Kahar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia bersama Miss Danielle Yannopolous, Senior Officer, ABF. Majlis turut disaksikan oleh Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkifili bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) dan Kepten Maritim Salim bin Hj Ahmad Pengarah Operasi Wilayah Utara.

Operasi Redback di Kuala Kurau merupakan operasi kelima yang dilancarkan sebagai operasi khas yang memberi tumpuan kepada aktiviti -aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia yang berlaku di perairan negara. Sebelum ini, empat operasi telah dilaksanakan di perairan Kuala Linggi, Klang, Lumut dan Langkawi yang telah mencatatkan lebih 100 pemeriksaan dibuat ke atas kapal-kapal dan bot-bot yang melalui kawasan tersebut.

Dalam majlis tersebut, ABF turut menyampaikan sumbangan berupa 20 jaket keselamatan kepada nelayan-nelayan Kuala Kurau sebagai salah satu usaha menyokong kempen kesedaran keselamatan Maritim Malaysia di kalangan warga nelayan.

 

redback 3 redback 2
 

SUMBER: Unit Perhubungan Awam PM Kuala Kurau

Laskar Kanan Maritim Mustaffar bin Mansor.

SANDAKAN, 30 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Sandakan (DM17) telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup APMM Sandakan bertempat di Komplek Sukan Sibuga, Semalam.

Seramai 32 orang peserta terdiri daripada 16 beregu yang dipecahkan kepada empat kumpulan bertanding dalam format liga.

Acara dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim DM17, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman dan Pengarah Operasi Daerah Maritim DM 17, Komander Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid dengan memukul balas bulu tangkis dalam gelanggang sebagai simbolik perasmian.

Tempat Pertama dimenangi oleh beregu Afifi dan Raziman dengan menerima wang tunai sebanyak RM200 beserta medal dan piala pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh beregu Yusman dan Jacob dengan menerima wang tunai sebanyak RM150 beserta medal. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh beregu Basir dan Shahrul dengan menerima wang tunai sebanyak RM110 beserta medal.

KPMD DM17, Kepten Maritim A. Razak ketika ditemui memberitahu aktiviti sebegini perlu diteruskan untuk memupuk warga DM17 yang sihat disamping dapat mengasah bakat dalam sukan.

“Warga DM17 boleh menjadikan aktiviti sukan ini sebagai hobi dan seterusnya boleh mewakili daerah atau jabatan dalam pertandingan yang lebih besar.” Katanya.

IMG-20151129-WA00611 IMG-20151203-WA00021

Disediakan Oleh :

LK I (M) Ardiansyah Bin Johansyah

Staf Perhubungan Awam APMM Sandakan

KUANTAN, 30 November - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini dengan jayanya telah menganjurkan Hari Keluarga AMSAS 2015. Program yang dianjurkan pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah, silaturahim dan kekeluargaan dikalangan pegawai anggota dan staff AMSAS. Hari keluarga AMSAS pada kali ini diadakan selama dua hari dan menggunakan tema "MENGGAMIT MEMORI".

Pelbagai permainan rakyat dimainkan pada kali ini termasuklah konda kondi, galah panjang, tarik upih, dan juga pelbagai lagi permainan tradisional yang menggamit kenangan. Pada sebelah malam diadakan Malam BBQ bersama keluarga dengan tema "RETRO". Pelbagai acara diadakan dan berlangsung dengan meriah sekali.

Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Dato Mohd Taha bin Ibrahim Pengarah pendidikan dan Latihan AMSAS telah merasmikan majlis tersebut.

 

web 1   web 2

TG. SEDILI, 2 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Tg. Sedili (DM 7) telah menjemput Ustaz Mohd Zaki bin Haji Maidin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam WILSEL untuk mengendalikan Program Pemantapan Nilai Murni bertempat di bilik mesyuarat DM 7, semalam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan kebersihan diri dan tatacara menyucikan diri dalam mengerjakan ibadat harian.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tg Sedili, Kepten Maritim Amran bin Hj Daud “saya berharap program-program seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang untuk memantapkan lagi ilmu keagamaan bagi setiap warga DM7”.

 IMG 1418     IMG 1401

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM 7

 

 

KOTA KINABALU, 25 November 2015 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM BANGGI telah diadakan  di atas Kapal Maritim BANGGI yang berpangkalan di Jeti TLDM Teluk Sepanggar, disini semalam

Majlis penyerahan tugas secara rasmi oleh Komander Maritim Mohamad Soharto Bin Haji Mat Said kepada Komander Maritim Kamal Bin Mohamad sebagai Pegawai Memerintah KM BANGGI yang baru.

Turut serta menyaksikan majlis ini, Laksamana Pertama Maritim Wan Mohd Affandi Bin Wan Ahmad, Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Adam Bin Haji Aziz, Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu DM15, dan seluruh Warga KM BANGGI.

Majlis dimulakan dengan Perbarisan Pegawai Memerintah. Dalam ucapan serah tugas, Kdr (M) Soharto mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Warga KM BANGGI sepanjang empat tahun beliau memegang tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah KM BANGGI. Beliau juga mengharapkan KM BANGGI akan mengekalkan kecemerlangan dan prestasi yang telah ditunjukkan. Beliau berharap semua pegawai dan anggota memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Kdr (M) Kamal demi memartabatkan pentadbiran, pengurusan, dan pengoperasian KM BANGGI.

Sumber :

LK I (M) Mohamad Shahir bin Mohd Arifin

Staf Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim Malaysia (DM15)