LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI , 13 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM 1 ) telah berjaya menyempurnakan Majlis Malam Mesra DM 1 yang bertemakan “kebudayaan” di Tok Senik Resort pada 9 Disember lalu.
 
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dengan memberi kata-kata aluan kepada para hadirin dan beliau turut membuat pukulan gong sebagai simbolik pembukaan majlis tersebut. 
 
Pelbagai aktiviti turut diadakan pada majlis tersebut antaranya terdiri daripada Pertandingan Karaoke, Pesembahan berkumpulan dari setiap unit, Pertandingan baju tercantik,  Teka Kacang dan juga Cabutan Bertuah. Majlis tersebut turut menyampaikan Anugerah Cemerlang Kepada Kapal dan Bot terbaik serta DM 1 turut memberi penghargaan kepada Pegawai dan Anggota DM 1 yang cemerlang.  Pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di bawah naungan DM 1 yang telah bertukar keluar pada tahun 2015 juga menerima cenderahati.
 
Pada akhir majlis , beliau turut menyampaikan Piala Pusingan kepada Johan Keseluruhan bagi Mini Olimpik DM 1 pada tahun 2015 yang dimenangi oleh Pejabat DM 1 dan Piala Besi bagi tempat terakhir oleh Pejabat Bot DM 1. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota dari DM 1, Pangkalan Maritim Kuala Kedah dan juga dari Pangkalan Maritim Kuala Perlis.
 
IMG 7972 IMG 8314

 

Sumber : Laskar kelas I Maritim Norakhilah Desa

Foto      : Laskar Kelas I Maritim Mohd Rizal Ab Hamid 

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi - DM 1

 

LANGKAWI , 10 Disember – Kapal Maritim (KM) Siamil dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi telah selamat ditenggelamkan di Pusat Taman Laut  Pulau Payar, Kedah pada 7 Disember lalu untuk dijadikan sebagai Peranti Pemuliharaan Biodiversiti  di perairan tersebut.
 
KM Siamil dari Daerah Maritim 1 Langkawi merupakan hadiah untuk dilupuskan sebagai tukun tiruan oleh  APMM dengan sumbangan peruntukan dan kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ( MOTAC ). Peranti Pemuliharaan marin ini akan dijadikan tarikan baharu kepada penggemar aktiviti selam scuba disamping menjadi habitat bagi spesis  hidupan marin .
 
Untuk rekod KM Siamil adalah dari kelas Sipadan dan dahulunya dikenali sebagai KD Tombak yang berusia 46 tahun ini telah dibina oleh Vosper Engineering, United Kingdom pada tahun 1966 dan telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2005. KM Siamil telah diserahkan kepada Jabatan Taman Laut secara rasminya pada 19 Ogos 2014 lalu di Pejabat Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu  bersama empat ( 4 ) lagi kapal maritim yang lain iaitu KM Sempadi, KM Bidong, KM Jarak dan juga KM Ligitan. Sepanjang tempoh tujuh ( 7 ) tahun beroperasi , KM Siamil telah banyak berjasa dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan disamping melaksanakan undang-undang di perairan langkawi , kedah.
 
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dan Komander Maritim Asmawati , Penolong Pengarah Unit Pengurusan Aset.
 
IMG 7627 IMG 7712

Sumber : Laskar Kelas I Maritim Norakhilah Desa

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM 1 ) 

GELUGOR, 10 Disember -  Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang (DM2) telah mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup 2015 bagi kesemua anggota DM2 di Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Gelugor, petang semalam.

 Seramai 60 peserta terdiri daripada unit pejabat, bot dan kapal DM2 Pulau Pinang terlibat dalam kejohanan ini yang dipecahkan kepada empat (4) kumpulan bertanding dalam format liga bagi merebut juara Piala Pusingan Badminton DM2 Pulau Pinang.

 Johan bagi keseluruhan pertandingan ini di menangi oleh unit Pejabat DM2 Pulau Pinang. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Unit Bot DM2 Pulau Pinang dan tempat ke-3 dan 4 dimenangi oleh Unit Kapal KM Kimanis dan KM Burau.

 Hadiah dan piala pusingan telah disampaikan oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan (PPK) DM2 Pulau Pinang, Encik Imran Afandy bin Rusli yang disaksikan oleh peserta-peserta yang terlibat.

 Dalam ucapan yang diberikan oleh PPK DM2 Pulau Pinang, Encik Imran Afandy bin Rusli, beliau mengucapkan syabas dan taniah kepada peserta-peserta yang memenagi kejohanan ini.

 Tambahanya, program sebegini dapat membina semangat berpasukan dan sekaligus memupuk budaya sihat dikalangan anggota DM2 Pulau Pinang.

1Kejohanan Tertutup badminton DM2 Pulau Pinang 09.12.15 2Kejohanan Tertutup badminton DM2 Pulau Pinang 09.12.15

Sumber:

Laskar Kelas I Maritim Mohd Zulhilmi Othman

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

 

JOHOR BAHRU, 11 Disember - Maritim Malaysia Wilayah Selatan telah menyertai kursus Basic Crime Scene Preservation Course merupakan anjuran bersama antara APMM dan Naval Criminal Investigative Services(NCIS).

Kursus ini berlangsung 7 hingga 11 Disember. Seramai 23 orang peserta daripada APMM dan 4 peserta dari Polis Diraja Malaysia serta 3 orang tenaga pengajar dari NAVAL CRIMINAL INVESTIGATIVE SERVICES(NCIS).

Objektif kursus ini memberi pendedahan kepada Pegawai agensi yang bertugas di kapal-kapal dan bot APMM untuk mengenal pasti kesalahan, membuat tangkapan dan menjaga bahan bukti fizikal (barang kes/eksibit) dengan baik dan di urus dengan teliti serta mengawal tepat kejadian dengan baik.

Kursus ini juga akan melahirkan Pegawai Agensi yang mampu menilai kesalahan yang berlaku dan melaksanakan tangkapan dengan berkesan selaras dengan kehendak pendakwaan.

ncis 2 ncis 1

 

Staf Unit Perhubangan Awam

Helmi Bin Hirman

TANJUNG SEDILI, 3 Disember - Majlis serah menyerah tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim Niah (KM Niah) telah diadakan di bilik mesyuarat DM 7 Tg Sedili, disini, semalam.

Mantan Pegawai Memerintah KM Niah, Leftenan Madya Maritim Safril Aza bin Mustafa yang akan bertukar keluar  ke Kuala Kurau sebagai Pegawai Operasi menyerahkan tugas kepada Leftenan Madya Maritim Yusman bin Yusof yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai operasi daerah maritim Sandakan (DM 17).

Majlis serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pegawai Operasi Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal bin Abas . Dalam ucapannya beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam memantapkan lagi kapal KM Niah.

IMG 1569 IMG 1566

Sumber : LK (M) Roswadi bin Mohamed

              Unit Perhubungan Awam DM 7