KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI LAWATAN KERJA KE SARAWAK BERSAMA MDN

SIBU, 18 November – Maritim Malaysia sebagai salah satu Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menyambut baik dan komited dengan usaha yang dilaksanakan Menteri Dalam Negeri dalam mendapatkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu penduduk Sarawak tanpa pengenalan diri.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin bersama delegasi telah tiba di Sibu, Sarawak bagi menghadiri pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Pengenalan Diri petang tadi.

Laksamana Maritim Datuk Hamid terlebih dahulu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 2.30 petang dan telah disambut oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Encik Yusuf Mok bin Generawi serta beberapa pegawai kanan Maritim Negeri Sarawak sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Sibu.

Ketibaannya di Sibu dengan menaiki pesawat AW139 Maritim Malaysia selamat tiba pada jam 6.30 petang dan disambut oleh Pengarah Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang.

 

KP SIBU   KP SIBU 2   KP SIBU 3   KP SIBU 8