LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

CYBERJAYA, 23 Disember – YBhg Laksamana Maritim Haji Dato Ahmad Puzi bin Haji Ab Kahar Ketua Pengarah APMM telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebagai Pasukan Heavy Urban Search And Rescue (USAR) yang dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Perdana Menteri bertempat di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Pulau Meranti, Cyberjaya di sini pagi tadi.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Shahidan bin Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan diiringi oleh YBhg Dato’ Zaitun binti Ab Samad, Ketua Pengarah (APBN).

YB Menteri juga, dibawa melihat dan meninjau beberapa Demonstrasi Aliran Kerja Kontijen Urban Search and Rescue (USAR) antaranya Base of Operation (BoO), Reception/Departure Centre (RDC), On-Site Operations Coordination Centre (OSOCC), Collapsed Structure Demonstration dan yang terakhir High Rise Rope Rescue Demontrastration.

Akhir sekali, YB Menteri bersama Ketua Jabatan yang lain turut melawat Pusat Kawalan Bencana Negara atau National Disaster Command Centre ((NDCC).

smart 2 smart 1