28
Thu, Mar

SEBUAH BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GAJIKAN KRU WARGA ASING

PULAU PINANG, 17 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada tengah hari semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, KM Burau yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang bergerak di posisi berkenaan.

Justeru, KM Burau menghampiri BNT tersebut dan pasukan menggeledah telah melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berumur 22 hingga 45 tahun.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru bukan warganegara daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Kesemua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilaksanakan.

BNT tersebut kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah. Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bersama anggaran 1500 Kilogram hasil laut bagi membantu siasatan.

 

BNT PENANG   BNT PENANG 2   BNT PENANG 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON