BOT ROSAK, DUA KAPAL DISERET

PELABUHAN KLANG, 12 November – Dua buah kapal layar telah mengalami kerosakan akibat diseret sebuah bot barter trade yang mengalami kerosakan enjin lebih kurang pukul 7.00 pagi di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Sharenliza bin Ghazali berkata, BOT BENTENG 02 ketika dalam rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat berkenaan insiden tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Sharenliza berkata bot 'barter trade', KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia itu bersama 15 kru warga Indonesia telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila bot berkenaan keluar dari Jeti Asa Niaga.

Beliau menambah, akibat masalah berkenaan, bot telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club.

Namun kemalangan terbabit tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan bot berkenaan telah berjaya dibawa ke Jeti Fulsail.

Orang ramai dan komuniti maritim terutamanya diingatkan agar sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan dan bersedia untuk belayar sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tiada sebarang masalah atau insiden berlaku.

Sebarang laporan kecemasan atau insiden di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 11 12 at 5.15.16 PM
 
WhatsApp Image 2023 11 12 at 5.15.17 PM 1
 
WhatsApp Image 2023 11 12 at 5.15.18 PM