16
Tue, Apr

CARILAMAT | SEORANG MANGSA DITEMUKAN SELAMAT, SETELAH HILANG DI LAUT

MIRI, 12 November – Zon Maritim Miri telah melaksanakan Operasi CARILAMAT seorang mangsa yang hilang di Kuala Baram, Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Haji Paing berkata,sebaik sahaja menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching, Operasi CARILAMAT telah diaktifkan pada jam 8.00 pagi semalam.

selanjutnya BOT PETIR 80 telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

Beliau turut berkata, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan pada sebelah petang hari yang sama dan misi pencarian mangsa turut dibantu oleh agensi sahabat PDRM, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sarawak Coast Guard.

Mengulas lanjut berkenaan insiden terbabit, pihak Maritim Malaysia difahamkan, mangsa telah keluar ke laut untuk menangkap ikan semalam dan tidak pulang ke jetipada sebelah petang pada hari yang sama.

Mangsa telah ditemukan oleh nelayan tempatan pada jarak lapan batu nautika dari Kuala Baram pada 10.42 pagi.

Maritim Malaysia menyarankan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di laut dan mengutamakan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan ketika di laut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian MERS 999, Zon Maritim Miri di talian 085-418204 dan Maritim Negeri

Sarawak di talian 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

CARILAMAT MIRI
 
CARILAMAT MIRI 2
 
CARILAMAT MIRI 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON