LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING, 14 Disember - Pejabat Daerah Mersing telah mengadakan sebuah program iaitu perhimpunan pagi bermula pada pukul 7.30 pagi bertempat di perkarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing semalam.

Dalam program tersebut, 39 buah agensi telah terlibat dan hadir bagi menjayakan program.

Tujuan utama perhimpunani itu diadakan adalah untuk memperkenalkan sebuah program baru yang dijangka akan berterusan sebagai aktiviti bulanan iaitu 'Program Jalan Angkat Zon Bersih Daerah Mersing'. Program jalan angkat ini akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan.

Program seperti ini amat bagus dan mampu merapatkan ikatan tali silaturrahin antara jabatan. Setiap agensi di daerah Mersing telah dibahagikan zon jalan angkat masing-masing untuk dijaga dan dibersihkan.

Sebagai salah sebuah pusat pelancongan,  Pegawai Daerah Mersing iaitu Haji Adib Azhari bin Daud berkata beliau mahu daerah Mersing menjadi sebuah daerah yang bebas daripada pencemaran dan sampah.

"Saya sendiri akan membuat lawatan ke seluruh kawasan di daerah Mersing bagi memastikan hasrat ini tercapai iaitu untuk menjadikan Mersing menjadi sebuah daerah yang paling bersih di Johor" kata Adib Azhari dalam perhimpunan pagi semalam.

Sebelum perhimpunan bersurai, Pegawai Daerah Mersing telah menyampaikan cenderahati berbentuk penyepit sampah berserta sepasang sarung tangan sempena merasmikan Program Jalan Angkat Zon Bersih Daerah Mersing kepada setiap wakil jabatan yang datang.

 IMG-20151213-WA0000

Disediakan oleh:

LK I (M) Nurhidayu binti Abidin

Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing (PM5)