COAST GUARD GLOBAL SUMMIT DI TOKYO PENTAS PENTING BAGI MEMAJUKAN MARITIM MALAYSIA

TOKYO, 1 November – Malaysia mengekalkan komitmen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman perairan serantau terpelihara daripada sebarang perlanggaran undang-undang dan akta seterusnya mengekal dan mengukuhkan hubungan erat antara agensi coast guard secara global.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mewakili negara ke Persidangan ke-3 Ketua-Ketua Agensi Pengawal Pantai Sedunia (3rd Coast Guard Global Summit) melibatkan 90 Negara dan 9 agensi antarabangsa di Tokyo, Jepun dengan membawa harapan persefahaman dan pengukuhan hubungan antara agensi coast guard sedunia.

Menerusi persidangan itu, terdapat empat teras utama yang menjadi fokus iaitu melengkapkan dan memperhalusi perihal Meeting Guidelines and Procedures pada masa akan datang, Information Sharing Method, Coast Guard Global Human

Resources Development serta perkongsian terhadap Pioneer Activities of Unmanned/ Autonomous ships for Coast Guard Missions.

Maritim Malaysia secara aktif terlibat sepenuhnya dalam persidangan tersebut dengan komitmen untuk mencegah dan mengawal perlanggaran undang-undang di laut yang mana mempunyai cabaran kompleks dalam menanganinya.

Persidangan ini seterusnya membuat keputusan sebulat suara menegaskan bahawa maritime safety and security serta keterjaminan persekitaran laut merupakan asas utama kepada kelestarian komuniti maritim serantau dan sedunia amnya.

Ketua-ketua delegasi coast guard sedunia sebulat suara menegaskan kesediaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan maritim, kesediaan dalam menghulurkan bantuan semasa kecemasan dan bencana serta mengekalkan

keamanan di perairan maritim menerusi dukungan terhadap UNCLOS.

Ketua-ketua delegasi juga mengukuhkan pendirian terhadap bahaya Pemanasan Global, Pencemaran Persekitaran Lautan, IUU Fishing serta Transnational Organized Crime. Sehubungan itu usaha-usaha dalam peningkatan pemakaian teknologi seperti Unmanned/ Autonomous ships serta UAV diperhalusi untuk membantu dalam misi-misi coast guard.

Lanjutan persidangan itu, Maritim Malaysia turut dijemput dalam pertemuan bilateral bersama Vice Comandant Japan Coast Guard (JCG), Vice Admiral Yoshieu Seguchi dengan membincangkan hala tuju MOU sedia ada antara Maritim Malaysia dan JCG selain termasuk program-program perkembangan sumber manusia dan pembangun kapasiti antara dua agensi.

Maritim Malaysia juga dipertemukan dengan Chief of Indonesia Coast Guard, Vice Admiral Dr. Irvansyah, S.H menerusi satu sesi khas bagi mengukuhkan lagi hubungan dua agensi negara.

Dalam pertemuan itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful bagi pihak Maritim Malaysia mencadangkan agar HOT LINE Asia Coast Guard diwujudkan dan diterima serta dipersetujui

oleh BAKAMLA.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan juga berkesempatan melaksanakan perjumpaan dan perbincangan dengan hampir 30 ketua-ketua agensi coast guard pelbagai negara serta agensi antarabangsa secara rasmi mahupun tidak rasmi.

 

TOKYO CG   TOKYO CG 2   TOKYO CG 3   TOKYO CG 5