LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI , 13 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM 1 ) telah berjaya menyempurnakan Majlis Malam Mesra DM 1 yang bertemakan “kebudayaan” di Tok Senik Resort pada 9 Disember lalu.
 
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dengan memberi kata-kata aluan kepada para hadirin dan beliau turut membuat pukulan gong sebagai simbolik pembukaan majlis tersebut. 
 
Pelbagai aktiviti turut diadakan pada majlis tersebut antaranya terdiri daripada Pertandingan Karaoke, Pesembahan berkumpulan dari setiap unit, Pertandingan baju tercantik,  Teka Kacang dan juga Cabutan Bertuah. Majlis tersebut turut menyampaikan Anugerah Cemerlang Kepada Kapal dan Bot terbaik serta DM 1 turut memberi penghargaan kepada Pegawai dan Anggota DM 1 yang cemerlang.  Pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di bawah naungan DM 1 yang telah bertukar keluar pada tahun 2015 juga menerima cenderahati.
 
Pada akhir majlis , beliau turut menyampaikan Piala Pusingan kepada Johan Keseluruhan bagi Mini Olimpik DM 1 pada tahun 2015 yang dimenangi oleh Pejabat DM 1 dan Piala Besi bagi tempat terakhir oleh Pejabat Bot DM 1. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota dari DM 1, Pangkalan Maritim Kuala Kedah dan juga dari Pangkalan Maritim Kuala Perlis.
 
IMG 7972 IMG 8314

 

Sumber : Laskar kelas I Maritim Norakhilah Desa

Foto      : Laskar Kelas I Maritim Mohd Rizal Ab Hamid 

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi - DM 1