LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 30 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Sandakan (DM17) telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup APMM Sandakan bertempat di Komplek Sukan Sibuga, Semalam.

Seramai 32 orang peserta terdiri daripada 16 beregu yang dipecahkan kepada empat kumpulan bertanding dalam format liga.

Acara dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim DM17, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman dan Pengarah Operasi Daerah Maritim DM 17, Komander Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid dengan memukul balas bulu tangkis dalam gelanggang sebagai simbolik perasmian.

Tempat Pertama dimenangi oleh beregu Afifi dan Raziman dengan menerima wang tunai sebanyak RM200 beserta medal dan piala pusingan. Tempat kedua dimenangi oleh beregu Yusman dan Jacob dengan menerima wang tunai sebanyak RM150 beserta medal. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh beregu Basir dan Shahrul dengan menerima wang tunai sebanyak RM110 beserta medal.

KPMD DM17, Kepten Maritim A. Razak ketika ditemui memberitahu aktiviti sebegini perlu diteruskan untuk memupuk warga DM17 yang sihat disamping dapat mengasah bakat dalam sukan.

“Warga DM17 boleh menjadikan aktiviti sukan ini sebagai hobi dan seterusnya boleh mewakili daerah atau jabatan dalam pertandingan yang lebih besar.” Katanya.

IMG-20151129-WA00611 IMG-20151203-WA00021

Disediakan Oleh :

LK I (M) Ardiansyah Bin Johansyah

Staf Perhubungan Awam APMM Sandakan